Aduan Mengenai Politik Bola sepak di Kedai Mamak ketika Musim PRU: Satu Pendekatan Aduan Bercampur Aduk.

Seorang rakan aku di kuliah mempersoalkan tentang polemik yang timbul dalam musim pilihanraya. Pemimpin-pemimpin politik kerapkali mempolitikkan sesuatu masalah walaupun ianya berlaku diluar konteks politik. Ayat beliau lebih kurang sama seperti apa yang pernah kita baca dalam di laman-laman sosial oleh kalangan jantan betina yang buta politik. Aku hanya mendiamkan diri seketika. Kemungkinan memang ada asas apa yang sering diperkatakan mereka-mereka ini. Aku cuba menyelami seketika bagaimana perasaan mereka ini ketika mana setiap hari terpaksa dilalui dengan menelan maklumat-maklumat berbaur politik sedang mereka tidak berminat untuk mengetahuinya.


Menelan sesuatu yang 'cering' dek tekak memang amat perit. Sama juga seperti isu Dajjal dan 'Iluminati' yang jika kita bertemu dengan peminatnya, boleh tercabut telinga kita bilamana mereka ini mula mengeluarkan bukti-bukti yang entah dari mana ia diperolehi. Sangat 'annoying'. 

Lalu aku cuba membuat perumpamaan realiti mengenai isu ini. Bagi aku, polemik ini sama seperti kita masuk ke kedai nasi kandar ketika mana berlangsungnya perlawanan bola sepak Inggeris. Suasana sekeliling sangat bising dengan riuh rendah orang bersorak. Masing-masing berborak mengenai pemain dan statistik (yang entah mana jua mereka peroleh). Bayangkan ia satu suasana yang amat tidak menyenangkan bagi mereka yang tidak berminat kepada bola sepak. Namun persoalannya, adakah patut mereka mengeluh akan keadaan tersebut (sepertimana jantan betina yang mengeluh di Facebook)? Mengapa mereka tidak keluar sahaja dari kedai nasi kandar tersebut atau hanya makan bungkus?

No comments:

Post a Comment