11 Bulan Sesungguhnya..

11 bulan..
Satu tempoh yang lama aku meninggalkan platform ini. Jika seorang wanita mengandungkan zuriat, ia sudah dilahirkan dan sudah mencapai usia 2 bulan. Jika aku mati, sudah masuk 4 kali mungkin kenduri arwah yang dibuat untuk aku. Dan jika aku kerja, sudah bankrap mungkin kampeni yang menggajikan aku. Sesungguhnya, kerja ofis hour itu memeritkan dan tidur pagi adalah sebaik-baik nikmat.

Sesungguhnya, kuliah itu membosankan. Siriyus!

11 bulan..
Macam-macam peristiwa terjadi diantara tempoh ini. Bermula dengan Pilihanraya ke-14, Perang Syria, Thailand bergolak, kehilangan MH370 dan berbagai-bagai lagi peristiwa. Sesungguhnya, masa itu satu jarak. Peristiwa disepanjang jalannya adalah kenangan. 

Sesungguhnya, petang itu damai dan pantai adalah wilayahnya.

11 bulan..
Sesungguhnya platform ini ditinggalkan atas pengertian ia tidak mempunyai aprisiasi yang maksimum kepadaku. Lalu ia diabaikan bagi mencari sebuah platform yang memenuhi kehendak diri. Sampai suatu tempoh sehingga tamat ijazah kedua, satu penilaian intensiti telah berlaku. Sesungguhnya, apa yang aku nilaikan adalah sebaliknya. Seorang wanita telah menyadarkan aku. Katanya, lebih baik ada audience yang tidak mengenali diri kita kerana mereka itu lebih ikhlas menilai.

11 bulan..
Dalam tempoh ini aku telah lalui saat yang sukar dan kelakar. Dalam tempoh ini aku telah merentasi musim sejuk dan panas melawan Lanun Bagong Alam, Mengalami saat sukar ketika menuju penamat dalam menuntut ilmu Perguruan Hikmat Pengurusan Awam Jurus Mahir, dan pertarunganku bersama guru durjana dari Gunung Apai. Sesungguhnya, tiada apa yang mustahil didunia ini. Ingatlah, hanya yang owsem sahaja yang berjaya melawan dugaan.

No comments:

Post a Comment