11 Bulan Sesungguhnya..

11 bulan..
Satu tempoh yang lama aku meninggalkan platform ini. Jika seorang wanita mengandungkan zuriat, ia sudah dilahirkan dan sudah mencapai usia 2 bulan. Jika aku mati, sudah masuk 4 kali mungkin kenduri arwah yang dibuat untuk aku. Dan jika aku kerja, sudah bankrap mungkin kampeni yang menggajikan aku. Sesungguhnya, kerja ofis hour itu memeritkan dan tidur pagi adalah sebaik-baik nikmat.

Sesungguhnya, kuliah itu membosankan. Siriyus!

Aduan Mengenai Politik Bola sepak di Kedai Mamak ketika Musim PRU: Satu Pendekatan Aduan Bercampur Aduk.

Seorang rakan aku di kuliah mempersoalkan tentang polemik yang timbul dalam musim pilihanraya. Pemimpin-pemimpin politik kerapkali mempolitikkan sesuatu masalah walaupun ianya berlaku diluar konteks politik. Ayat beliau lebih kurang sama seperti apa yang pernah kita baca dalam di laman-laman sosial oleh kalangan jantan betina yang buta politik. Aku hanya mendiamkan diri seketika. Kemungkinan memang ada asas apa yang sering diperkatakan mereka-mereka ini. Aku cuba menyelami seketika bagaimana perasaan mereka ini ketika mana setiap hari terpaksa dilalui dengan menelan maklumat-maklumat berbaur politik sedang mereka tidak berminat untuk mengetahuinya.

Post Ini Tiada Kaitan Dengan PRU 13, Sekian..

Pagi selasa hari tu aku cuba mengubah kedudukan almari dalam rumah aku. Mak aku memarahi aku kerana katanya buat apa nak ubah-ubah kedudukan almari sebab almari itu masih baik dan tidak mendatangkan masalah dalam rumah kami. Namun aku nekad mengubah kedudukannya. Akhirnya mak aku sedar

Peristiwa Bubar

Diriwayatkan alkisah pada tanggal 10 jamadilawal tahun telur, mamanda menteri Al-jibbi telah mendatangi Yang di Pertuan Agung Negara Darul Fitnah. Beliau lalu bertanya kepada baginda yang berbunyi, "Ya tuanku,apakah perkara yang dapat memuaskan hati rakyat?" Lalu baginda menjawab, "Adapun perkara yang memuaskan hati rakyat itu ada tiga yakni jujur dalam menjunjung amanah rakyat (kerajaan), mengurangkan beban rakyat dan membubar parlimen." Beliau kemudiannya berkata "Patik sudah lakukan dua daripada tiga perkara tersebut tapi hamba rakyat malah mencemuh patik," lalu baginda bertitah "Lakukanlah yang ketiga,"