Post Ini Tiada Kaitan Dengan PRU 13, Sekian..

Pagi selasa hari tu aku cuba mengubah kedudukan almari dalam rumah aku. Mak aku memarahi aku kerana katanya buat apa nak ubah-ubah kedudukan almari sebab almari itu masih baik dan tidak mendatangkan masalah dalam rumah kami. Namun aku nekad mengubah kedudukannya. Akhirnya mak aku sedar
apabila diubah kedudukan almari itu suasana diruang makan menjadi lebih luas dan tersusun. Petang itu aku balik dari pekan, aku lihat mak aku dengan penuh bergaya melepak diruang yang dulu letaknya almari lama tersebut. Aku hanya senyum.

No comments:

Post a Comment