Orang Melayu P. Pinang Bakal Miskin Dibawah Pimpinan Pembangkang

Ini kali pertama aku cuba mendalami dengan serius masalah orang Melayu di Penang. Pertama kali maaf jika posting ini terlalu panjang untuk kalian tetapi ini adalah hakikat yang maha pahit untuk ditelan orang Melayu kini khususnya orang muda. Hipotesis awal aku adalah mengenai penglibatan DAP dan orang Cina dalam menyuntik jarum halus untuk menjatuhkan orang Melayu Penang. Aku jadi teruja. Lalu aku kemas laptop aku untuk dibawa ke kopitiam di pekan. Sesampainya di kopitiam aku lantas memesan kopi Janda bagi memastikan aku benar-benar cergas seperti Janda anak satu dalam menyiapkan kajian aku ini. Tba-tiba aku dikejutkan dengan satu peristiwa yang berjaya merungkai persoalan aku ketika itu. Ia berlaku betul-betul ketika aku berada di kopitiam tersebut.

"Bro, semalam aku collect 3 juta. Hang macamana?"

Tiga orang lelaki Melayu berkemeja duduk berbincang sesama mereka. Salah seorang daripada mereka memegang galaxy note 10.1 ditangannya. Ku kira mereka berbincang mengenai soal kerja.

"Aku semalam sengkang mata sampai 2 pagi dok ngadap PC. Haram tak buleh apa. Nasib baik 16 juta yang ada tak hilang mana," keluh salah seorang daripada mereka.

Aku makin teruja. Tak sangka aku anak Melayu kini mampu bercakap hal juta-juta ringgit.  Aku kira mereka ini bermain saham atau mungkin berbincang mengenai
projek tertentu kerana aku kurang arif bahasa-bahasa manusia bergelar kontraktor ni. Aku berfikir sejenak dan cuba merungkai beberapa persoalan yang melayang dipikiranku ketika itu.

Yang pertama, aku kira bagaimana Orang Melayu boleh miskin di Penang jikalau begini mudah aku bertemu golongan muda yang mampu berbincang projek besar-besar di kopitiam? Keduanya, adakah Melayu ini tergolong dalam kelompok miskin jika mereka ini jadi ukurannya? dan yang terakhir, jika begini mudah dijumpai Melayu yang kaya, adakah tidak mampu dia membantu Melayu lain yang tidak bernasib baik?


Aku kembali memasang telinga bagi memahami butir-butir perbualan mereka. Tiba-tiba, muncul dua orang pemuda menghampiri mereka dengan satu sergahan yang padat dan menghiris hati. Aku tersentak. Seluruh tubuh aku membeku. Aku lantas mengemas barang-barang dan pulang ke rumah.

Sesampainya di rumah, aku terlunjur disuatu sudut diruang tamu. Aku ketawa sendirian sambil menonton Buletin utama TV3. Masih lagi terngiang-ngiang kata-kata lelaki itu di telinga ini.

"Bro, menang juta-juta pun bukan buleh kaya! Hold'em poker ja...."

No comments:

Post a Comment