Allah.. Untungnya Kerja Nurse!


Menziarahi orang sakit sama ada di hospital atau rumah adalah diantara tujuh hal yang diharapkan oleh Jibril a.s. terhadap anak Bani Adam a.s. antaranya. Mereka yang menziarahi orang sakit akan mendapat doa para malaikat dan pahala yang besar diberikan oleh Allah SWT.

Diriwayatkan Imam Ahmad: Saya mendengar Rasulullah SAW. bersabda : "Barang siapa mengunjungi orang sakit, tujuh puluh ribu malaikat mengikutnya dan memintakan ampun kepadanya hingga petang. Baginya pahala satu tahun di syurga. Dan jika ia mengunjunginya pada malam hari, maka tujuh puluh ribu malaikat mengikutnya dan semua memintakan ampun untuknya hingga pagi. Dan baginya pahala satu tahun di syurga."

Daripada Anas bin Malik pula mengungkapkan bahawa Rasulullah SAW. bersabda bermaksud: "Barang siapa berwuduk dengan sempurna lalu berkunjung kepada saudaranya yang sakit semata-mata mengharap reda Allah, ia akan dijauhkan daripada api neraka sejauh perjalanan 60 kharif (satu kharif bersamaan dengan satu tahun)."



Sementara Abu Hurairah menyatakan Rasulullah SAW. bersabda bermaksud: "Barang siapa berkunjung kepada saudaranya yang sakit, maka seseorang menyeru dari langit: Beruntunglah engkau, beruntunglah perjalananmu dan sungguh engkau sudah membangun rumah di syurga."

Mengunjungi muslim yang sedang sakit adalah suatu kewajiban ke atas muslim lain. Lebih-lebih lagi jika pesakit itu kaum kerabat dan saudara maranya  sendiri. Mengunjungi orang sakit termasuk salah satu amal solih yang sangat afdhal. Rahmat Allah senantiasa menaungi diri pesakit dan orang yang mengunjunginya.

P/S: Untunglah kepada cik-cik dan puan-puan yang bekerja sebagai Nurse. Hari-hari menziarah orang sakit. Siapa cakap kerja nurse ni tarafnya rendah? Hakikatnya, rahmat mencurah-curah.


Credit to Ustaz Abu Basyer.

No comments:

Post a Comment