Makan Hati di Kedai Kopi

Pepatah cina ada berkata, "Jangan khianati orang yang bagi kita makan".

    Begitulah juga dalam perniagaan dari dahulu hingga kini, seharusnya peniaga tidak boleh mengkhianati pelanggan mereka kerana pelangganlah yang memberi keuntungan kepada sesebuah perniagaan. Seperti peniaga kedai kopi, mereka tidak boleh melakukan tindakan sesuka hati ketika melayan pelanggan mereka kerana bukan menu makanan sahaja yang menjadi penilaian para pelanggan tetapi juga perkhidmatan layanan yang diberikan. Apa yang dimahukan pelanggan seharusnya dipatuhi kerana mereka tidak hanya datang untuk menikmati sajian makanan tetapi segala aspek termasuk perkhidmatan yang disediakan. Sebagai contoh, sekiranya mereka datang untuk menonton perlawanan bolasepak di antara Liberpul vs. mansiti, maka kehendak para pelanggan tersebut mesti di patuhi sebagai ganti kepada perbelanjaan yang dikeluarkan oleh mereka.

    Namun, kadangkala keadaan dilema tidak dapat dielakkan daripada berlaku. Ketika mana datang pelanggan lain dalam jumlah yang ramai dan berperwatakan seperti Kepop yang menginginkan Twilight Saga di saluran HBO, kadangkala ia boleh menimbulkan keadaan serba salah dikalangan para peniaga. Mahu tidak mahu kehendak majoriti harus dituruti walaupun ia bakal menimbulkan ketidakpuasan hati pelanggan lain. Maka jika hal ini berlaku, para peniaga kedai kopi seperti Mamak Kassim Selamat (bukan nama sebenar) haruslah pandai menjalankan strategi menjaga hati pelanggannya agar tidak berlaku pembunuhan sesama manusia. Oleh yang demikian, harapan kami sebagai pelanggan tetap supaya kejadian sebegini tidak berulang lagi di masa akan datang kelak.

Ikhlas daripada pelanggan anti kepop. lilyMU..

No comments:

Post a Comment