Dugaan

Hari ini 09 Ogos 2012 bersamaan 21 Ramadhan 1433.

Jam di dinding menunjukkan pukul 12:36 pagi.
Aku masih terduduk di sisi kamar, menyendiri.
memerhati luar tingkap yang legap dan gelap, mendengar gesekan biola si cengkerik.
Ku Menghayun fikiran ke suatu sudut hati.
Memikir sesuatu yang telah berlaku, yang sedang berlaku dan yang bakal berlaku.

Hari ini 09 Ogos 2012 bersamaan 21 Ramadhan 1433.

Jam di dinding masih berdetik.
Aku masih terduduk menunggu mata lelap.
Mengenang nasib diri dan keluarga.
Kehidupan aku tiada ubah seperti kegelapan yang menutup ruang cahaya.
Dirundung masalah bertimpa-timpa.

Hari ini 09 Ogos 2012 bersamaan 21 Ramadhan 1433.

Semalam aku berkejar kesana kemari.
Mengharap sesuatu habuan yang dijanji Illahi.
Ya Benar! Kau sediakan 360 habuan untuk hambamu yang tak kenal erti putus asa.
Tapi dimana habuanku semalam ya Tuhanku?
Hanya Engkau yang maha mengetahui dan maha memberi.
Aku redha dengan takdir-Mu walaupun ianya berat dihati.

Hari ini 09 Ogos 2012 bersamaan 21 Ramadhan 1433.

Jarum jam di dinding sudah berubah.
Aku berharap keadaan aku pun turut sama berubah.
Aku masih terduduk di sisi kamar, dan ketika itu tangan ku tadah.
Ya Allah ya tuhanku, Dengar sini wahai tuhanku.
Takdir apapun yang Kau telah coretkan di helaian kehidupanku.
Namun putus asa jangan Kau campakkan dalam hatiku.
Ketahuilah! Aku tidak takut akan dugaan-Mu, tetapi aku takut hilang redha-Mu.

Ameen.

No comments:

Post a Comment