Sudah Begitu Suratan Takdir

Petang itu aku hanya menghabiskan masa di rumah. Menikmati teh dan roti setawar yang sentiasa ada di beli ibuku di pekan.

"Sabtu ni cuti lagi ka?" Dari dapur menjengah suara ibuku.

"Ya, mak."

"Arman bertunang sabtu ni. Mak long tanya hang cuti dak?" Ibuku cuba memancing. Dia tahu aku tak gemar ke kenduri sebegitu.

"Arman bertunang? Dengan sapa?" Aku mengubah topik.

"Dengan Cikgu sekolah yang mak cerita hari tu la."

"Jadi jugak ya dia dengan cikgu tu?"

Ibu datang ke depan. Di tangannya sepinggan buah betik yang ayah tanam dibelakang rumah.

"Dah dia nak jugak. Mak long hang turutkan saja."

Sepupu aku si Arman ini orangnya biasa-biasa sahaja. Selepas tamat diploma dia terus memilih untuk menjadi juruteknik di sebuah kilang padi di kampung aku. Bakal tunangnya pula seorang guru. Namanya aku tak ingat tetapi orangnya memang cantik. Mereka saling kenal sejak dibangku sekolah lagi. Masuk kali ini sudah 3 kali majlis pertunangan mereka nak dilangsungkan, yang dua sebelum ini tak menjadi. Dari apa yang aku dengar sebelum ini majlis tu tak jadi kerana waris di pihak perempuan tak bersetuju dengan majlis tersebut.

*****************

Gerak hati aku merasakan pihak perempuan memang sengaja berbuat demikian kerana tidak menyukai Arman. Mungkin mereka merasakan Arman tidak sama taraf dan darjat dengan anak mereka. Kisah sebegini sudah kerap dimainkan di tv setiap masa. Jika tidak masakan majlis sebelum ini ditangguh sehingga dua kali. Arman pula langsung tidak memahami isyarat yang diberi waris bakal tunangannya itu dek kerana cinta.

Kadang-kadang aku kasihan melihat Arman yang telah banyak berkorban. Bukan sikit sen yang dia habiskan sepanjang mereka bercinta. Mungkin juga aku tidak memahami situasi mereka. Mungkin juga aku tak setabah Arman dalam mempertahankan orang yang disayangi.

No comments:

Post a Comment