Satu Petang Di Kedai Kopi: Pengkritik Sepenuh Masa

"Ni cucur udang apa, udang pun tak ada?" Keluh seorang pelanggan lelaki di sebuah kedai kopi.

Mak cik yang berniaga cucur udang di gerai bersebelahan kedai kopi tersebut menoleh ke arah pelanggan itu dan tersenyum sipu. Aku melihat ada dua tiga orang pelanggan yang menanti dilayan mak cik itu terpinga-pinga melihat perangai pelanggan kedai kopi tersebut.

"Kalau macam ni baik letak nama cucur kucai ja!" Kali ini nadanya agak tinggi.

"Apa boleh buat. Udang mahal sekarang bang," sampuk tauke kedai kopi.

Gelagat lelaki itu aku perhatikan sahaja. Mungkin benar kata-katanya itu kerana harga udang agak mahal ketika ini. 'Customer are always right' selalu dikaitkan dengan perihal pelanggan mempunyai hak untuk menyuarakan apa sahaja ketidakpuasan hati terhadap barang yang diniagakan.

"Ni kopinya, dik." Sapa tauke kedai kopi.

"Kenapa dengan lelaki tu bang?" Aku memberanikan diri bertanya.

"Oh, Dia tu memang selalu macam tu! Apa ja orang letak dekat kedai kopi abang ni semua dia nak complain,"

"Eh, Ya ke?"

"Memang. Dulu ada orang kampung letak nasi lemak pagi-pagi kat kedai abang ni. Hari-hari dia complain nasi tak lemaklah, ikan bilis tak adalah. Last-last orang tu terus tak letak dah nasi lemak kat sini."

Orang sebegini memang pernah aku jumpa sebelum ini. Mereka selalu mengkritik usaha orang lain tanpa melihat akan usaha yang telah dilakukan, sebaliknya mengkritik keburukan orang sebelum berfikir panjang.

"Kenapa abang tak tegur saja perangai dia tu?"

"Dia pencen OC (Ketua balai polis) kat sini," tauke kedai itu senyum dan berlalu.

Dari jauh aku hanya melihat perilaku lelaki tersebut. Apa motif dia sebenarnya?

.................

No comments:

Post a Comment