Satu Petang di Kedai Kopi: Soal Hati

Petang tu Rais ada call aku ajak lepak kiosk. Nada suaranya agak rendah ja masa tu. Aku dapat mengagak ada sesuatu yang dia nak luahkan kat aku petang tu. Apa boleh buat? Dia ni kalau ada masalah dekat aku lah jadi tempat dicurah-curahkan perasaan dia. Masalah dengan kucing mak dia pun nak diceritakan kat aku. Dan aku kadang-kadang tu buat tuli je.

"Oit. Sori lambat. Mak aku pakai motor tadi." Aku tipu jer....

Rais hanya diam sambil mengangguk kepala. Tangannya sibuk membelek-belek iPhone yang baru dibelinya bulan lepas. Mata dia tak pandang aku langsung. Hampeh.

"Is, ko tengok dak game menyu main semalam? Rooney si ayam tu....." Aku cuba membuka topik. Malang sungguh langsung takde respon dari mamat ni. Kerbau lah dia ni!

"Oi Is! Ko ni kenapa? Kena malaria ke apa?"

Di pandangnya aku tajam. kemudian dia kembali membelek iPhone dia.

"Bro, Hang ingat tak Zulaikha Raihana?" Is mula mencurah perasaan dia dengan loghat utaranya.

"Kenapa tak ingat pulak? pasal minah tu la ko sanggup terjun jambatan universiti semata-mata nak selamat shawl dia yang jatuh tu. Tak pasal-pasal aku pulak aku jadi bomba plak nak selamat ko."

Zulaikha Raihana ni dulu budak sekolah aku. Tapi aku tak rapat sangat dengan dia. Masa sekolah takda lah cantik sangat. Tapi bila dah semester dua dekat U terus berubah jadi Eira Syazira. Entah macamana boleh pulak sangkut kat si Rais ni.Tapi tu dulu la. dekat 2 tahun jugak la diorang hanyut bercinta macam orang gila. Tapi last-last putus sebab entah kenapa aku pun tak pasti.

"Dia dah nak bertunang? Eh? Ya ke? Bagus la tu. Dengan Inspektor polis tu ke?" Bertanya aku.


"Tapi dua tiga malam ni dia kerap mesej aku bro." Aik? Melayan nampak mamat ni. Gila talak ke?

 "Habis? Ko layan la Is?"

"Tak jugak. Tapi dia kerap sangat Hantar SMS kat aku. Ada sekali dia cakap dia still sayang kat aku."

"Pulak dah."

Mengikut cerita, ex dia si Zulaikha ni bertunang atas pilihan keluarga dia. Inspektor polis tu bapak si Zulaikha kenal masa rumah mereka dimasuki pencuri 2 tahun lepas. Aku dapat tau pun bila tengok fesbuk dia baru-baru ni. Tapi yang aku pelik ni diorang dah break lama dulu. Dah dekat 1 tahun dah. Tapi kenapa baru sekarang nak tangkap feeling balik. So, aku masih tak puas hati.

"Habis? Yang dulu ko pegi break up dengan dia tu apa cer?"

"Masa tu aku cemuih dengan dia bro. Hang try pikiaq la, seminggu sampai 5 kali bergaduh hal kecik-kecik ja. Masa tu dah la last sem. Maunya tak serabut." 



 Panjang lebar jugak la cerita si Is ni dari lepas asar sampai nak masuk maghrib. Aku cuma agak yang si Is ni masih lagi sayang kat si Zulaikha sebab tu dia semacam je bila jumpa aku petang tu. Masing-masing masih menaruh harapan yang suci untuk kembali bertaut kasih bagai dulu. Chewahh!!

"So, sekarang apa plan ko?" Aku cuba buat conclusion.

"Entah la. Aku sebenaqnya still sayang dekat dia. Dia pun dah janji nak ubah sikap dia kalau kami couple balik macam dulu. Dia cakap dia menyesal sangat sebab break dengan aku. Hang rasa patut tak aku..."

Aku dah agak dah.

"Ko gila ke Is? Dia kan dah nak tunang."

"Hmmmm..."


Lepas daripada hari tu aku tak dengar pulak apa-apa decision Rais ni. Si Zulaikha tu pun selamat bertunang dengan Inspektor polis tu. Banyak jugak la dia upload gambar majlis pertunangan dia dalam fesbuk. Aku ada jugak SMS ke Rais ni dan dalam mesej tu ada jugak dua tiga kali aku sulam bertanyakan pasal si Zulaikha. Tapi dia tak pernah jawab pun soalan aku tu. Aku cuma harap dia buat keputusan yang betul la. 

Cinta ni kadang-kadang memang agak complicated. Di sebabkan hal lekeh-lekeh pun boleh break. Bila break dah lama-lama rindu balik nak couple. Tapi kadang-kadang kita kena terima la kalau dah jodoh kita tak sampai ke jinjang pelamin. Ni bukan cerita hindustan beb nak lagak-lagak bagai sampai keluar babak petir sabung menyabung. (Mak ngah aku selalu nangis sedu-sedu bila sampai babak ni). 

Aku pun malas nak ambik pusing lebih-lebih pasal diorang. Ada jugak aku terfikir yang bodoh bebenor si Is ni break up dengan awek secantik si Zulaikha ni dulu. Tapi at last aku mengerti jugak yang ini soal jodoh dan perasaan. 


P/S: Sudah la. Aku nak pegi mandi. Korang layan la feeling korang tu panjang2..

No comments:

Post a Comment