Kisah keinsafan Euro 2012

Musalman tergesa-gesa menanggalkan helmet biru yang terlekat dikepalanya sambil mematikan enjin motosikal Honda Fame milik bapaknya. Dia menarik kerusi di hadapan meja paling hadapan dengan televisyen. Suasana kedai Nasi Kandar Bahadur ketika itu penuh warna-warni manusia yang datang menyaksikan perlawanan Euro antara Jerman dengan Portugal. 

              Tak sempat Musalman melabuh punggungnya, Satu jeritan gol memecah hingar bingar kedai. Apa lagi Musalman, dia lalu melompat kegembiraan tatkala pasukan kesayangannya menyumbat gol permulaan. Mahu saja dia berdiri di atas meja bagi menunjukkan ketaat setiaannya kepada pasukan Jerman.

              Musalman berpaling kebelakang mencari kalau-kalau ada penyokong Jerman. Dilihatnya ada segerombolan kecil kerabat penyokong Jerman dibelakangnya. Lalu dia membuka mulut.

"Oliver Kahn tak main ke malam ni?".

>
>
>

Selepas kejadian tersebut Musalman kembali insaf dengan sentiasa membaca akhbar dan berita sukan.

No comments:

Post a Comment