Satu Petang di Kedai Kopi: Aduhai Nordin..

"Tiit... tiiit...,"

Nordin pantas mencapai handset yang diletak diatas meja kopi.

Ada ketika aku tengok dia tersenyum. Kelantangan perasaannya itu langsung tidak menghiraukan aku didepannya.

"Tiit... Tiiit...," Tak sampai seminit ia berbunyi lagi.

"Ko SMS dengan sapa tu din? Excited semacam ja aku tengok." Aku cuba menyiasat.

"Takdak sapa la bro." Din tersipu-sipu malu. Ish, aku tampor jugak mamat ni kejap lagi!

"Ni ha, awek aku baru kenal minggu lepas. Cun jugak la muka. Sesedap memakai."

"Ko kenal kat mana? Fesbuk lagi la tew."

"A'ah. Tapi yang ni lain bro."

"Lain apanya?"

      Lalu ketika itu Nordin pun membuka lembaran full report dia kat aku pasal budak pempuan yang dia baru kenal di fesbuk tu. Mengikut laporannya, pempuan tu dengan si Din ni langsung tak ada mutual friend antara mereka. Din ni approve budak pempuan ni lepas dapat request add dia hari tu. Aku cuma dengar dengan gaya sinis sebab si Din ni dah banyak rekod "broken heart" yang dah dia menangi setiap masa. Jadi aku sebagai kawan dia haruslah untuk siasat dengan sapa si Din ni tersangkut sekarang.

"Ko ada gambar dia tak? cer ko bukak fesbuk dia tunjuk kat aku."

"Bak sini netbuk kau." Bersemangat betul Nordin untuk cuba membuktikan awek siber dia tu.

...dan selepas dibuka, haruslah seperti apa yang aku agak. Gambar ni yang keluar.






      Din..  Din..

Kesian aku tengok kau ni "forever alone" dah capai tahap heavy duty dah aku tengok. Ini gambar "gadis tudung" dalam google la din oi.. Mustahillah pempuan secantik ni nak terpikat dekat engkau dalam seminggu. Lagipun muka kau ada iras-iras Kankichi Ryotsu dalam cerita katun "Kochikame" dah aku rasa (Adik kau pun rasa benda yang sama tau).



Dan part yang paling membuatkan aku rasa nak letak kaki aku kat tengkuk kau bila kau cakap yang kau selalu topup kan pempuan ni setiap kali kau nak contact dia. Aiyoo.. what lah!?

No comments:

Post a Comment