Mengurat Awek Secara Taktikal dan Berstrategi

Adakah korang pernah terpikat dengan awek kat kolej korang tapi malu untuk mengurat? 
      Setiap kali korang jumpa awek tu, adakah anda tergamam seperti badak air nampak penyu? 
Wajah si dia kerap terbayang di kepala hotak tapi korang hanya mampu pergi toilet dengan seketul sabun?
      Sudah bosan mendendangkan puisi 'Balada Jantan Gagal' setiap malam tiba??

Kalau semua soalan diatas korang jawab 'ya', 'yes', 'a'ah', 'hait' dan sewaktu dengannya, tu maknanya korang memang spisis "foreber alone" la jawabnya. Aku amat faham yang bukan korang tak berani tapi korang mesti takut kena rejek kan? Haa.. Mari sini aku tunjukkan cara untuk mengurat dengan paling bersistematik dan bergaya...

1.  Tekel fikiran si dia.
     Buatkan si dia fikirkan korang setiap masa. Selalu ambil berat pasal si dia dengan memberikan pertolongan atau berkongsi masalah dia. Contohnya taim-taim dia tengah duduk boring2 kat kafe try la beli eskrem ke, tedi bear ke, strawberry ke, blackberry ke kat dia. Dengan cara ni si dia  akan selalu terngiang-ngiang pikirkan pasal syahdunya sikap korang (dan masyuknya poket korang) terhadapnya.

2.  Listen to her.
     Fact# Perempuan ibarat radio, suka bercakap setiap masa. Kalo diorang tutup mulut tu alamatnya tengah simpan lava gunung berapi la jawabnya, tunggu masa nak meletus. So, kalo korang mampu jadi pendengar 'radio' yang setia, itu dah jadi perkara baik! Perempuan sukakan perhatian. Jadi bila dia cerita bab sedih, korang wajib untuk nangis, kalo dia cerita bab lawak korang wajib gelak rabak. Dengan cara tu akan buat dia rasa dekat dengan korang. Dia akan rasa yang korang ni 'caring' padanya. Ha.. kadang-kadang masa tu la dia akan beri kepercayaan kat korang untuk luahkan perasaan dia dan kalo bernasib baik dia akan bagi 'punchline' awal kat korang untuk masuk jarum cinta korang tu. aiceh!!


3.  Jangan gopoh, ambil masa.
     Jauhi bersikap tergopoh-gopoh dalam menjalinkan hubungan cinta korang. Perempuan ni akan fikir hal yang pelik-pelik bila korang gopoh. Kononnya kalo gopoh-gopoh nanti hubungan tak panjang lah, cepat bosan lah, tak berkat lah.. ntah apa-apa. Nak wat camner, dah ditakdirkan perempuan memang macam tu, ye dak? Tapi yang sebenarnya diorang ni nak rasa diri diorang dihargai dan nak korang tunjuk yang korang benar-benar ada usaha untuk pikat hati diorang. Sebab tu la jadinya urusan jual mahal dalam pikat memikat ni. Sikap slumber korang jugak boleh buat dia fikir yang korang ni macho dan ada gaya. Cuba korang berada di tempat diorang, agak-agak korang kalo lelaki yang gopoh-gapah ni bergaya ke atau "macam happrakk saja"? Ye dak?

4.  Cari masa yang sesuai untuk luahkan perasaan.
     Masa yang sesuai ni sama macam korang main bola. Taim nak score tu kena cari masa dan keadaan yang sesuai untuk shoot. Jangan pulak taim tengah defend korang nak shoot. Kalo bola dah kelaut peginya mahu jadi bahan pundek-memundek la korang lepas tu. Sama la jugak nak luah perasaan kat si dia. Pilih masa dan keadaan yang sesuai. Contohnya masa dia tengah hepi-hepi nak naik atas kerbau korang. Masa tu korang tolong dia naik atas kerbau tu. D\Bila dia hepi sangat-sangat dapat naik atas kerbau. Ha.. masa tu la korang naik plak atas kerbau tu dan cakap "Kembang jadi saksi.. sudikah awak jadi isteri saya wahai Luna Latisya?". (eh? macam adegan filem pulak? haha..).


5.  Respect.
     Ha.. ini la part yang membezakan sama ada korang anggap dia sebagai kawan atau kekasih hati. Tahap respek korang kat dia seperti satu signal kat dia nak bertindak balas balik kat korang. Kalo korang layan dia macam mamak nasi kandar jangan harap la korang nak pikat dia hidup-hidup. Perempuan ni bukanlah batang kayu atau tiang letrik yang takder perasaan, in fact hati diorang lagi nipis dari tisu, bro. So, make sure bagi signal yang betul bila korang cuba nak pikat hati si dia. Respek bakal pasangan korang sebagai seorang wanita tak kiralah dia punya perangai "macam happrakk saja" sekalipun.


So, lepas ni korang boleh la cuba step-step ni kat si dia yang korang puja-puja melangit tu. Kalo tak jalan jugak, biasa lah tu.. macam bola jugak, Barcelona main cantik tapi tak score2. Last2 Chelsea attack sekali jer, terus Drogba yang score.. eh? haha.. selamat mengurat.

2 comments: